Sunday 7 April 2013

Peminat Tegar

Assalamualaikum semua :'D, Siapa peminat tegar Kumpulan Girls Generation yang berasal dari Korea ini??

Girls' Generation Korea: 소녀시대 Sonyeo Sidae, Jepun: 少女時代 Shōjo Jidai, merupakan kumpulan muzik wanita K-pop yang dibentuk oleh label rakaman SM Entertaiment pada tahun 2007. Kumpulan muzik ini juga dikenali sebagai Soshi (소시) dan SNSD dalam kalangan peminat dan ia terdiri daripada 9 orang anggota.
Kumpulan muzik ini pernah melancarkan tiga album penuh dan tiga album mini dalam bahasa korea satu album studio berbahasa Jepun serta beberapa buah single. Single hit tahun 2009 mereka, "Gee" memegang rekod lagu nombor satu paling lama berada dalam carta Music Bank dengan kedudukan teratas dalam carta tersebut selama sembilan minggu berturut-turut.



Dah kenal kan?? Jadi sesiapa peminat tegar girls generation ni,sila jawab soalan saya... Dlm gambar ke-2 ni, tajuk lagu apa yang dinyanyikan oleh mereka???Jawab jangan tak jawab.. Heee...x de larr...Gurau jer!! saje je.. :0

Okay Bye..Assalamualaikum... Terima Kasih... See Ya!

Renung-Renungkan

Renungkan.....






Hari ini bila kita bersujud di tempat yang begitu sunyi terdetik di hati untuk berdoa..
Hari ini kita terasa seakan-akan bersungguh dan penuh berharap agar doa diperkenankan..
Hari ini juga kita sedar betapa mudahnya kita berdoa tapi mudahkan kita menanti?
Hari ini kita harus mengingatkan diri ini agar terus berharap pada Allah dan reda akan ketentuan-Nya.